Sorang artis wanita yang berstatus 'janda' dipenjara dalam tempoh masa yang lama selepas didakwa mengambil kesempatan ke atas seorang budak lelaki berusia 12 tahun di Filipina.
Penn Live melaporkan bahawa, artis terbabit yang berusia 33 tahun itu telah melakukan hubungan seks bersama mangsa yang berusia 12 tahun.
Wanita itu mula mengadakan hubungan seks dengan kanak-kanak itu pada Januari 2019 lalu dan berterusan sehingga 2020 dalam tempoh setahun.
Polis menerima laporan mengenai satu kes serangan seksual pada Julai 2019, sebulan selepas suspek menyentuh kanak-kanak itu.
Selepas kejadian itu berlaku, budak lelaki tersebut telah menceritakan hal tersebut kepada ayahnya selepas mangsa mengalami kepedihan semasa hendak membuang air kecil.
Ayah mangsa yang berang dengan kejadian itu, telah melaoprkan hal tersebut kepada pihak berkuasa dan wanita tersebut kini ditahan pihak polis untuk siasatan.
Dia didakwa dengan dakwaan rogol, serangan seksual berkanun, serangan tidak senonoh, tidak sukarela hubungan seks menyimpang, rasuah bawah umur, dan hubungan haram dengan belum dewasa.
Dia kini di jatuhi hukuman pada rabu lalu untuk empat hingga 12 tahun penjara atas tuduhan merogol kanak-kanak.
