Filipina - Seorang suami terpaksa menahan sebak, redha dan pasrah dengan pemergian isteri tercinta serta bayi kembarnya gara-gara pihak hospital yang bertindak tidak profesional semasa isterinya kritikal mahu bersalin.
Ramai Natizen mengacam dan marah selepas menyaksikan berita mengenai seorang ibu dengan bayi kembar yang tak berdosa harus meninggal bersamaan akibat ketidakpedulian dan lewatnya pelayanan sebuah hospital di Filipina.
Peristiwa menyedihkan itu dikatakan bermula dari seorang mangsa yang bernama Chiely Mae Geronca Yulo, yang dikatakan telah dihantar oleh seorang jirannya kehospital itu selepas mangsa mengalami kesakitan untuk melahirkan.
Malangnya pihak hospital berkenaan malah mendahulukan pesakit yang datang belakangan.
Dikatakan akibat tergendala pembayaran yang belum dibayarkan hingga mereka seolah tak 'menganggap' kehadiran mangsa yang akan melahirkan .
Kematian memang tak dapat kita duga, mangsa beserta bayi kembar laki-laki di dalam janinnya pun harus bertarung nyawa akibat perlakuan tidak manusiawi dari pihak hospital itu.
Keluarga dari Ibu mangsa yang meninggal dengan bayi kembarnya tersebut pun akhirnya memviralkan isu tersebut melalui laman facebook mereka.
Sudah lebih dari 102 ribu kali status facebook tersebut dibagikan dan mendapatkan komentar sebanyak 92 ribu sampai hari ini, hanya dalam waktu 3 hari sejak isu tersebut tersebar.
Dan bukan hanya masyarakat Filipina saja yang marah besar mendengar pemberitaan ini, tapi netizen di seluruh dunia ikut menandatangani petisyen kepada Presiden Filipina agar memperjuangkan keadilan yang dialami oleh keluarga Chiely Mae Geronca Yulo.