Takziah. Bekas bintang drama populer Tv maut dibunuh teman lelaki.

TIPS DAN INFO TERBARU


Seorang pelakon wanita sebuah drama popular ditahun 2014 ditemui mati di rumah sewanya di Taman Mahsuri, dipercayai akibat dibunuh rakan lelaki.


Mangsa yang berusia 36 tahun itu pernah membintangi sebuah drama di satu stesen tv tempatan sekitar tahun 2014 itu telah ditemui rakan serumahnya lengkap berpakaian dalam keadaan terbaring di ruang tamu kediaman itu, kira-kira jam 11 tengah malam tadi.


Ketua Polis Daerah berkata pihaknya menerima maklumat berhubung kejadian itu pada jam 11.10 tengah malam sebelum anggota polis dikejarkan ke lokasi kejadian.


"Sebaik tiba, anggota polis menemui mayat seorang wanita dipercayai telah dibunuh.


Kejadian dipercayai berlaku antara jam 4 petang semalam hingga 9.45 malam tadi.


"Polis masih lagi menyiasat punca sebenar kematian mangsa, namun siasatan awal mendapati ada sedikit kesan lebam pada bahagian leher mangsa.


Susulan kejadian itu, polis telah menahan seorang lelaki berusia 29 tahun yang dipercayai taman lelaki mangsa untuk membantu siasatan.


Jiran mangsa yang hanya mahu dikenali sebagai Anas, 50-an, berkata beliau terkejut apabila dimaklumkan ada polis datang ke rumah mereka dan menemui mayat, tetapi kami tak tahu siapa yang meninggal," katanya ketika ditemui.


"Kadang-kadang ada nampak juga lelaki datang menjemput mangsa di luar rumah, tetapi kami tak ambil kisah sangat," katanya.


Suspek direman tujuh hari bermula hari ini bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.


Siasatan lanjut masih dilakukan dan mayat mangsa dibawa ke Jabatan Forensik untuk bedah siasat.

TIPS DAN INFO TERBARU

TRENDING NO 1